Welcome! Annyeonghaseyo ! Welcome to my blog ! Drop nice words here. Find me on Facebook | Twitter | Do visit my Giveway Blog . Thanks ^^ Tagboard Big claps to them Template made by : Ayano Image support by : Cute Secrets Big helper : Atiqah Edit by : Farihan Header by : Liyana Izzati |
Tips menghilangkan lapar dan dahaga semasa berpuasa
1. Minum Air Pada Kuantiti Yang Mencukupi Sebelum Tidur dan Semasa Bersahur Pada waktu malam, dan pada waktu bersahur, pastikan anda mengambil bilangan air yang mencukup. Jangan pula menunggu waktu bersahur untuk minum, pastikan minum sejumlah air yang cukup sebelum tidur, diikuti semasa waktu bersahur. Dengan ini, jumlah air di dalam badan dapat dikekalkan pada kadar yang seimbang. 2. Berada di tempat yang sejuk/kurang panas/teduh Sepanjang bulan puasa, elakkan diri daripada berada di tempat yang panas. Suhu yang panas boleh menyebabkan kandungan air di dalam badan mengewap. Carilah tempat-tempat yang sejuk seperti di pasar raya atau hyper market. Banyakkan aktiviti membaca buku yang ringan dan menenangkan. 3. Kuatkan Kesedaran dan Niat Ikhlas Berpuasa Sebagai Satu Perjuangan Sentiasa berfikiran rasional atau positif, bersangka baik dengan aktiviti puasa yang anda lakukan. Elakkan berfikir perkara-perkara yang negatif. Ceriakan perasaan anda dengan rasa berpuas hati dan gembira. Pada masa yang sama wujudkan kesedaran dan rasa insaf dan simpati terhadap mereka yang bernasib malang. Katakan kepada diri anda sendiri: "Hari ini aku berpuasa, dan dengan ini aku dapat menghayati sebahagian kecil kesusahan dan kelaparan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa peperangan, anak-anak daripada keluarga yang miskin, dan orang-orang tua yang tidak berdaya yang tinggal keseorangan tanpa mampu mencari makanan sendiri. Juga bagaimana rasanya haiwan-haiwan yang hidup di muka bumi ini seperti kucing, anjing dan lain-lain binatang yang sentiasa kelaparan tanpa perhatian. Mereka merasainya setiap hari, dan hari ini aku berpuasa dan merasainya juga." 4. Hilangkan Rasa Lapar dan Dahaga Menerusi Aktiviti Yang Dapat Mencuri Masa Lapang Isilah masa lapang anda dengan hobi yang berfaedah dan dapat membuatkan anda lupa terhadap tempoh masa kelaparan dan kehausan sepanjang hari anda berpuasa. Bagi orang-orang Islam pula, mereka menumpukan sepenuh perhatian terhadap ibadat-ibadat seperti berzikir yang dapat menenangkan fikiran dan menginsafi diri sebagai seorang manusia yang dicipta oleh Tuhan mereka. Source ; Google
0 Sweet Pink! |